2 insan 1 Hati... love u

2 insan 1 Hati... love u

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin

Tuesday, 5 July 2011

MENGUASAI FORMULA “INVERSE MATRICS” DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA BAGI PELAJAR LEMAH


OLEH


NORAFIZA BINTI ABDUL RAHMAN.


PENGENALAN


Matriks adalah satu tajuk penting dalam SPM dimana ia akan memberikan 12 markah kepada pelajar. Pelajar yang lemah didapati amat sukar untuk mengingat formula yang sememangnya wajib dihafal sekiranya mahu menjawab soalan ini. Walaupun telah memaksa pelajar menghafal formula , namun hasilnya kurang memberangsangkan kerana semasa PNP berjalan berkenaan topic ini pelajar memang hafal, tetapi setelah beberapa bulan kemudian, apabila diberi latihan yang sama apa yang didapati pelajar telah lupa bagaimana ingin menggunakan formula tersebut walaupun telah diberikan formula pada muka surat hadapan peperiksaan.
Oleh itu, saya rasa saya perlu mencari pendekatan lain yang dapat memastikan pelajar ingat akan formula ini dan seterusnya akan menggunakannya untuk menjawab soalan yang diberikan di dalam kertas 2 nanti.

TUJUAN KAJIAN.
Kajian ini bertujuan untuk melihat status pelaksanaan program bercerita dalam formula matriks bagi pelajar lemah dan melihat keberkesanannya pada pelajar. Secara spesifikasinya tujuan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Memperkenalkan satu kaedah mudah dengan bercerita tentang formula matriks
2. Pelajar dapat menjawab soalan matriks dan Limear equations dalam kertas 2 SPM.
3. Pelajar dapat menguasai formula asas matriks songsang yang menjadi tunggak utama untuk menjawab soalan ini.
4. Merangsang minat pelajar lemah untuk menguasai fakta asas formula matriks.

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian adalah berdasarkan 1 kelas pelajar tingkatan 5 Elit yang memang sangat lemah dan tidah bermotivasi dalam mata pelajaran Matematik di SMK Tun Aminah Batu Pahat. Jumlah pelajar adalah seramai 26 orang.

PROSEDUR KAJIAN
UJIAN PRA
Dijalankan sebelum kaedah penceritaan digunakan bagi mendapat perbandingan pencapaian pelajar sebelum dan selepas kaedah tersebut dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah penceritaan dalam formula matriks. Ujian pra dijalankan selama 40 minit iaitu satu masa PNP. Soalan ujian ini hanya menguji pelajar tentang mencari matriks songsang. Pelajar dikira menguasai konsep matriks songsang sekiranya Berjaya menjawab setiap soalan yang diberi dengan betul.

UJIAN PASCA
Ujian ini dijalankan selepas pelajar didedahkan dengan kaedah penceritaan dilaksanakan yang bertujuan untuk menguji pengusaan serta pemahaman formula matriks songsang setelah melalui program tersebut. Soalan ujian adalah sama dengan dengan soalan pra. Perubahan hanya dilakukan pada nombor pada setiap soalan.
KAEDAH ATAU CARA MENGGUNAKAN PENCERITAAN DAN FORMULA MATRIKS SONGSANG
Kaedah yang dijalankan adalan dengan kaedah bercerita.
Formula matriks songsang


Bagaimana barcerita berkenaan formula ini?
1. Setiap huruf a, b, c dan d diberikan nama-nama yang menarik.
2. a = anak, b = bujang, c= comot dan d = dara.
3. Guru mulakan bercerita begini:
Satu baris anak dara tolak bujang comot ( anak dara gembira sampai bertukar tempat kerana bujang comot kena tolak.



4. Pelajar diajar menggantikan nombor-nombor dengan huruf a,b,c dan d.
5. Kemudian mereka diajar memasukkan nombor itu ke dalam formula dengan bercerita.
6. Pelajar diajar berkenaan formula ini dan beberapa contoh soalan akan diberikan.
7. Setelah pelajar mahir dengan konsep matriks songsang, mereka seterusnya akan diajar menyelesaikan soalan persamaan serentak dengan menggunakan kaedah matriks songsang.
8.


ANALISIS DAN DAPATAN
Jadual 1: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca soalan berkaitan dengan satu soalan matriks songsang
UJIAN
0
1
2
3
4
5
6
Jumlah Pelajar
Ujian Pra
18
3
1
1
3
-
-
26
Ujian Pasca


3

7
-
16
26

Jadual 1 menunjukkan sebilangan pelajar yang masih tidak menguasai topic matriks songsang dalam latihan yang telah diberikan. Selepas ini pelajar-pelajar berkenaan akan diberikan kaedah penceritaan untuk mengatasi masalah tidak boleh menyelesaikan masalah matriks songsang.
Hasil penggunaan kaedah itu, terbukti bahawa kaedah alternative bagi menjadikan PNP kepada pelajar lemah dalam menjawab soalan matriks songsang adalah berkesan untuk menarik minat mereka untuk mempelajari Matematik.

PEMERHATIAN
Proses PNP di dalam Kelas menunjukkan kesan yang baik. Setiap kali soalan matriks songsang dan juga soalan berkaitan persamaan serentak diberikan, pelajar dapat menyelesaikannya. Daripada tingkah laku mereka, dikesani reaksi seronok dan peningkatan minat untuk menyelasaikan sebarang masalah yang melibatkan matriks songsang.

REFLEKSI
Kajian tindakan ini dianggap berjaya walaupun masih terdapat pelajar yang masih belum menguasai formula ini dengan berkesan. Pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah matriks songsang telah berkurang dan yang penting tiada lagi pelajar yang tidak dapat sebarang markah untuk soalan ini.

KESIMPULAN
Kejayaan daripada kajian tindakan ini telah meningkatkan lagi bilangan pelajar yang lulus dalam Peperiksaan Setara SPM. Pelajar yang dahulunya tidak berminat dalam matematik kini telah menunjukkan minat terhadap subjek ini.

No comments:

Post a Comment