Semua org sedang duduk ketika itu...duduk dengan selesa. Malangnya aku berada di tepi dinding dah tak boleh nak ketepi lagi. Tiba-tiba dengan lantang seorang perempuan lewat 40an telah menghalau makcik itu ke belakang...Sembahyang subuh dah nak mula...dengan terbongkok2 mungkin mencari ruang untuk solat tahiyatal masjid...Yang sedihnya yang menghalau tu orang melayu...orang malaysia... yang kononnya dikatakan antara kaum yang berdisiplin di Tanah suci... Tapi mana lebih penting??? Saf atau ehsan? apa salahnya berinjak sikit ketepi untuk beri ruang pada makcik itu peluang solat bersama-sama.
Apa berlaku seterusnya??? Percaya atau tidak tapi antara rentetan kejadian di atas ialah:
1. makcik itu terjatuh semasa hendak sujud sehingga patah tangan kanannya
2. mulut makcik tu berdarah kerana tersembam dengan kuat ke lantai
3. gigi makcik tu patah
4. Aku??? setelah selesai solat bangun dan menangis di hadapan makcik itu... mencari bantuan...
menangis macam aku sendiri yang kena...terbayang kalau mak mak kita yang dibuat
begitu???
sampai hati...demi menjaga saf ehsan Melayu telah hilang??? Malu aku nak mengaku anak malaysia masa itu...
No comments:
Post a Comment