Isu yang hendak dibawa di sini agak remeh. Tapi sebagai pendidik saya terpanggil untuk menyedarkan anak bangsa tentang masalah yang melanda mereka sekarang. Apa tidaknya, tiga per empat daripada masa kami dihabiskan di sekolah. Memerhati gelagat anak bangsa lelaki dan perempuan yang masih muda belia.
Kata orang tua...agaknyalah... kalau sebut 40 kali maka apa yang disebut tu akan jadi sungguh... Mungkin mereka yang tidak bersama dengan pelajar, murid atau students hehe...tak perasan situasi ini berlaku...
Ringan sungguh lidah mereka berkata "BODOH", "BANGANG", "BONGOK" dan perkataan yang sewaktu dengannya. Sedar tak sedar, setelah diambil masa tambah dan tolak...setiap 5 minit sekali perkataan ini berkumandang di telinga. Kita ni macam nak rak nak pandaikan mereka, apa yang berlaku mereka sama mereka senang-senang bodoh membodoh sesama sendiri... GERAMNYA CIKGU...
Kalau dah 5 minit sekali ada perkataan itu...bermakna setiap 1 jam 12 kali and kalau sekolah sampai pukul 1 tengahari maknanya 72 kali dah dengar perkataan yang membodohkan mereka.
Tak payah makan semut dah kalau macam tu jadi bodoh betul akhirnya dek kerana mulut sendiri.
Sebagai pendidik, apa boleh kami buat??? Kalau emak-emak kita dahulu ada banyak cara yang dilakukan supaya kita tak buat lagi antaranya ialah :
1. mulut kita kena cili
2. mulut kena lastik dengan getah
3. kena hentam dengan rotan
4. kena kunci dalam toilet
5. kena berdiri sampai tido dalam diri
6. kena denda buat kerja berat
7. kena macam-macam lah
Tapi sekarang lain tak jadinya... Jadi apa??? SEE YOU IN COURT TEACHER...
Macamana nak buat??? Bingung tau jadi Cikgu...semua tak boleh...what to do??? just wait and see last sekali apa jadi kat anak bangsa ku.... Gagal kah kami sebagai pendidik???
kak fiza jangan lupa jadi follower kat blog saya
ReplyDeletehttp://aysarmuazzam.blogspot.com
hehehhehehehehe